Sebanyak 1408 item atau buku ditemukan

Aplikasi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam (UUM Press)

Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk pengurus kualiti mengaplikasikan sistem pengurusan kualiti kepada organisasi mereka. Secara khususnya buku ini mengandungi perbahasan tentang teori dan amalan sistem pengurusan kualiti pada masa kini yang meliputi Konsep Asas Kualiti, Definisi Kualiti, Budaya Kualiti, Prinsip-Prinsip Pengurusan Kualiti dan Program Anugerah Kualiti serta Sistem Pengurusan Kualiti. Kekuatan buku ini terletak pada perbincangan secara terperinci klausa atau elemen utama ISO 9001 dari perspektif Islam mengenai klausa tanggungjawab pengurusan, pengurusan sumber, penghasilan produk dan pengukuran, analisis dan penambahbaikan. Akhir sekali, buku ini mengemukakan satu ringkasan garis panduan untuk kegunaan organisasi bagi mengaplikasikan sistem pengurusan kualiti dari perspektif Islam berasaskan MS ISO 9001.

Kajian kepuasan pelanggan mesti merangkumi juga kajian persepsi pelanggan tentang sejauh mana organisasi melaksanakan tuntutan Syariah dalam operasi organisasi. (ii) Subklausa 8.2.2 Audit Dalaman berikut diberi: – Cadangan Islam yang ...

Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi (UUM Press)

Buku ini memberi penekanan isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya.

Akibatnya, ia dapat menggalakkan pembangunan negara dan akan membawa kesan yang sembilan (Mohd. ... dan pelan pembangunan daerah berubah kerana kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang baru muncul akibat pembangunan baharu tersebut.