Sebanyak 17 item atau buku ditemukan

Mengurus Harta Menurut Fiqh Muamalat (UUM Press)

Buku ini khusus untuk para pelajar dan pendidik bidang syariah, muamalat, perniagaan, kewangan dan perbankan Islam. Selain itu, buku ini juga sesuai menjadi bahan rujukan kepada pengurus, staf organisasi perniagaan, kewangan dan perbankan Islam untuk menambah pengetahuan mereka tentang ilmu fiqh muamalat. Mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang ini perlu mengetahui selok-belok ilmu fiqh muamalat. Pengurus bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan mereka secara Islam, manakala pendidik berperanan untuk memberi pengetahuan yang betul dalam membangun dan menyediakan tenaga kerja terbaik secara muamalah Islam untuk organisasi. Pelajar merupakan potensi pekerja yang bakal diambil bekerja oleh mana-mana organisasi yang menerapkan ilmu muamalat Islam dalam pelaksanaan. Oleh itu, ketiga-tiga pihak ini perlu melihat kekuatan dan kelebihan yang ada pada ilmu fiqh muamalat ini. Kekuatan dan kelebihan mengurus harta umat Islam menurut fiqh muamalat yang telah dijelaskan dalam buku ini diharap dapat diaplikasikan untuk meningkatkan lagi kualiti urusan muamalat Islam dalam organisasi di Malaysia. Sesungguhnya ilmu fiqh muamalat mampu memberi kelebihan yang kompetitif dan nilai tambah terhadap setiap rantaian aktiviti pengurusan organisasi.

Buku ini khusus untuk para pelajar dan pendidik bidang syariah, muamalat, perniagaan, kewangan dan perbankan Islam.

Philisophy and Theory of Law (UUM Press)

Understanding of the philosophy and theory behind the law is significance to law makers, legal practitioners, academicians and laymen. The rationales are to have some understanding of public policy and the real aim of the laws that made up particular practices or the root of practices. Therefore, this book highlight selected philosophy and theory of laws in the area of commercial, financial and corporate law; medical law; constitutional and administrative law and lastly human resource law. The massive information and knowledge in this book will benefits law makers, legal practitioners, academicians, universities students in understanding the philosophy and theory of the law first, before appreciating and applying the substantive law in their profession and life.

Therefore, this book highlight selected philosophy and theory of laws in the area of commercial, financial and corporate law; medical law; constitutional and administrative law and lastly human resource law.

Aplikasi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam (UUM Press)

Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk pengurus kualiti mengaplikasikan sistem pengurusan kualiti kepada organisasi mereka. Secara khususnya buku ini mengandungi perbahasan tentang teori dan amalan sistem pengurusan kualiti pada masa kini yang meliputi Konsep Asas Kualiti, Definisi Kualiti, Budaya Kualiti, Prinsip-Prinsip Pengurusan Kualiti dan Program Anugerah Kualiti serta Sistem Pengurusan Kualiti. Kekuatan buku ini terletak pada perbincangan secara terperinci klausa atau elemen utama ISO 9001 dari perspektif Islam mengenai klausa tanggungjawab pengurusan, pengurusan sumber, penghasilan produk dan pengukuran, analisis dan penambahbaikan. Akhir sekali, buku ini mengemukakan satu ringkasan garis panduan untuk kegunaan organisasi bagi mengaplikasikan sistem pengurusan kualiti dari perspektif Islam berasaskan MS ISO 9001.

Kajian kepuasan pelanggan mesti merangkumi juga kajian persepsi pelanggan tentang sejauh mana organisasi melaksanakan tuntutan Syariah dalam operasi organisasi. (ii) Subklausa 8.2.2 Audit Dalaman berikut diberi: – Cadangan Islam yang ...

Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi (UUM Press)

Buku ini memberi penekanan isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya.

Akibatnya, ia dapat menggalakkan pembangunan negara dan akan membawa kesan yang sembilan (Mohd. ... dan pelan pembangunan daerah berubah kerana kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang baru muncul akibat pembangunan baharu tersebut.

Qualitative Research: Data Collection & Data Analysis Techniques (UUM Press)

Qualitative Research: Data Collection & Data Analysis Techniques is especially written for anyone who is interested in doing or learning more about qualitative research methods. The reader-friendly organisation and writing style of the book makes it accessible to everyone-academics,professionals, undergraduates, postgraduates, researchers, and even for those who are just beginning to explore the field of qualitative research. Each chapter provides a clear, contextualized and comprehensive coverage of the main qualitative research methods (interviews, focus groups, observations, diary studies, archival document, and content analysis) and will thus equip readers with a thorough understanding of the steps and skills to undertake qualitative research effectively. Bringing together qualitative research scholars from three different tertiary institutions in the country – Associate Prof Dr. Puvensvary Muthiah, Dr. Radziah Abdul Rahim, Puan Noor Hashima Abd Aziz, and Noor Fadhilah Mat Nayan, from Universiti Utara Malaysia (UUM), Assoc. Prof. Dr. Mastura Badzis from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) and R. Sivabala Naidu from Darulaman Teacher Training Institute, this book addresses some of the most important questions facing students and researchers in qualitative research

Dr. Mastura Badzis from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) and R. Sivabala Naidu from Darulaman Teacher Training Institute, this book addresses some of the most important questions facing students and researchers in qualitative ...

Qualitative Research: Data Collection and Data Analysis Techniques -2nd Edition (UUM Press)

Qualitative Research: Data Collection & Data Analysis Techniques (2nd Edition) has been systematically revised with additional content, more in-depth explanations, and latest references to enhance the knowledge and skills required for those interested in conducting qualitative research. The reader-friendly organisation and writing style of this edition provides guaranteed accessibility to a wide array of readers ranging from established scholars to novice researchers and undergraduates. Each chapter in this edition is set to provide a clear, contextualised and comprehensive coverage of the main qualitative research methods (interviews, focus groups, observations, diary studies, archival document analysis, and content analysis) aimed at equipping readers with a thorough understanding of the design, procedures and skills to effectively undertake qualitative research. At the same time, the authors have anticipated major concerns such as ethical issues that qualitative researchers often face and addressed them in the various chapters. This effort has been made possible through the collaboration involving notable qualitative research scholars from different tertiary institutions – Assoc. Prof. Dr. Puvensvary Muthiah (ELT Consultant), Dr. R. Sivabala Naidu (Taylor’s College), Assoc. Prof. Dr. Mastura Badzis (International Islamic University Malaysia), Dr. Radziah Abdul Rahim (formerly attached to National Defense University of Malaysia), Dr. Noor Fadhilah Mat Nayan (University of Reading), and Assoc. Prof. Noor Hashima Abd Aziz (Universiti Utara Malaysia).

Each chapter in this edition is set to provide a clear, contextualised and comprehensive coverage of the main qualitative research methods (interviews, focus groups, observations, diary studies, archival document analysis, and content ...

Sistem Pengurusan Tatatertib di Tempat Kerja (UUM Press)

Buku ini meneliti semua aspek tentang tatatertib di tempat kerja. Bermula dengan perbincangan mengenai konsep asas tatatertib yang menyoroti beberapa istilah penting seperti tatatertib, kawalan tatatertib, peraturan, kesalahan, hukuman, prosedur dan rayuan. Istilah-istilah ini dikupas dengan penerangan berserta dengan keterangan semasa. Buku ini turut meneliti beberapa konsep utama berkait rapat dengan aplikasi tatatertib di tempat kerja. Model progresif tatatertib yang dipakai oleh sektor awam hari ini diberi kupasan di awal buku ini. Konsep lain seperti konsep keadilan asasi, konsep hak penjawat awam mendapat remedi dan doktrin pemaafan diolah dengan aplikasi kes tatatertib dan diberi penumpuan dalam buku ini bertujuan untuk memaparkan realiti yang berlaku di tempat kerja. Buku ini turut membincangkan kelemahan yang terdapat dalam sistem tatatertib hari ini. Faktor sistem dalam kawalan tatatertib dan modal insan khususnya pihak urus setia yang mengurus prosedur tatatertib yang mengendalikan kes tatatertib majikan dan pekerja diberikan perhatian dalam buku ini. Buku ini amat menarik kerana dipaparkan kes-kes tatatertib yang dibawa ke mahkamah untuk memperlihatkan kepada kita kelemahan sistem dan kelemahan majikan mengambil keputusan dan tindakan. Buku ini membantu pembaca mengetahui tentang peraturan kesalahan, hukuman, prosedur dan rayuan yang bersabit dengan tatatertib di tempat kerja. Turut dibincangkan ialah kesilapan lazim yang dibuat oleh pihak urus setia, majikan dan kakitangan sehingga menyebabkan kes-kes tatatertib itu berlanjutan dalam tempoh yang lama sehingga merugikan pihak majikan. Buku ini harus dibaca oleh semua penjawat awam tidak kira kakitangan bawahan atau atasan. Kefahaman tentang tatatertib – kesalahan, hukuman, prosedur dan rayuan akan membantu kakitangan bekerja dengan lebih baik. Bagi ketua jabatan, buku ini dapat membantu dalam memperbaiki tatacara mengurus tindakan tatatertib dengan lebih baik dan berkesan. Setelah pertuduhan dikeluarkan, perbicaraan dijalankan dan hukuman dijatuhkan, apakah hak-hak yang ada pada kakitangan selepas itu? Maka, buku ini menghuraikan hak dan proses bagi membolehkan pekerja mengemukakan rayuan kepada institusi rayuan tatatertib bagi mengubah hukuman yang telah diterima.

Betapa besarnya saiz sektor awam di sesebuah negara bergantung kepada posisi ekonomi dan falsafah politik yang dipegang oleh kerajaan yang memerintah. Negara sosialis akan membenarkan kerajaan memperuntukkan saiz sektor awam yang besar ...

Sejarah dan Perkembangan Ibadah Haji (UUM Press)

Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara terperinci mengenai sejarah kota suci Makkah, masjid sekitar Mekah, tempat miqat haji dan umrah, kawasan sempadan tanah haram dan sebagainya. Maklumat serta perbincangannya bukan hanya menyentuh perkara yang berkenaan dengan tatacara pelaksanaan ibadah itu sendiri, namun juga memaparkan pelbagai aspek peristiwa serta gambaran secara menyeluruh tentang perihal lokasi kota suci Makkah berdasarkan kepada dalil al-Quran dan al- Sunah. Buku ini juga menerangkan kronologi pelaksanaan ibadah haji dan umrah oleh para nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Saleh a.s., Nabi Musa dan ibadah haji zaman masyarakat Arab Jahiliah serta kewajipan ibadah haji pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kefardhuan pelaksanaan ibadah haji telah lama diwajibkan cuma tatacara pelaksanaannya sahaja yang berbeza-beza. Buku ini telah menerangkan mengenai beberapa penemuan saintifik oleh para saintis bukan Islam dan Islam dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah. Penemuan ini amat baik untuk kesihatan fizikal dan spiritual seperti contoh ibadah tawaf dan sai. Penemuan saintifik dalam air zamzam yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan manusia. Selain itu, di dalam buku ini juga turut membincangkan mengenai kronologi pembinaan kaabah yang telah dibina oleh para Malaikat, Nabi Adam a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. serta para pemerintah Islam. Kemudian tempat suci lain seperti telaga air zamzam, Hijir Ismail, maqam Ibrahim, Hajarulaswad, Al-Multazam, lokasi Bukit Safa dan Marwah sebagai tempat melaksanakan ibadah Sai dan lokasi bersejarah lainnya yang dapat dibaca di dalam buku ini. Keistimewaan dan kemudahan buku ini ialah semua peristiwa yang berhubung kait dengan kota suci Makkah dipaparkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, buku ini akan memberikan impak yang maksimum serta kefahaman yang mendalam bagi para peminat sejarah dan para pembaca buku ini. Akhir kalam, selamat membaca dan menghayati sirah Nabawi.

Gunakan cara tabungan haji di bank syariah atau Lembaga Tabung Haji. Pilihlah tabungan haji yang tidak mudah dicairkan dan memiliki target minimum pendaftaran haji, agar niat kita terjaga. Perbanyakkan amal. Jangan hanya menabung di ...

Perbankan dan Pasaran Modal Islam: Isu dan Aplikasi (UUM Press)

Sejajar dengan matlamat negara Malaysia menyasarkan pencapaian sekitar 20 peratus daripada pasaran perbankan domestik dikuasai oleh sistem perbankan Islam menjelang tahun 2010, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk terus membangunkan sistem kewangan Islam. Pelan Induk 10 tahun Perbankan Islam turut dilancar bagi mewujudkan satu sistem kewangan yang cekap, progresif dan lengkap selain memperkenalkan Malaysia sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam di rantau ini. Kini, sistem kewangan Islam ialah sebahagian daripada sistem kewangan negara yang meletakkan Malaysia ke hadapan berbanding negara lain. Malaysia komited untuk membangunkan sistem perbankan Islam dan pada masa yang sama berusaha melaksanakan sistem kewangan Islam dalam struktur kewangan negara secara menyeluruh. Dengan peningkatan dalam dimensi kewangan Islam pada peringkat global, landskap kewangan Islam berubah dengan penglibatan pemain pasaran yang lebih pelbagai serta persekitaran yang lebih berdaya saing. Skop perniagaan kewangan Islam kini lebih meluas sebagai tindak balas kepada perubahan permintaan pelanggan pada peringkat global. Justeru, isu dan cabaran yang dihadapi oleh bank Islam untuk berkembang pada peringkat antarabangsa semakin kompleks. Antara cabaran global yang dihadapi ialah struktur instrumen kewangan, takaful dan pasaran modal yang lebih kompleks dan sofistikated akibat peningkatan dalam persaingan.

Situasi dalam sistem ekonomi hari ini ialah Dolar Amerika tidak disandar kepada sebarang komoditi tetapi negara ini sentiasa memastikan kekuatan mata wang kekal dengan menggunakan kuasa monopoli menerusi syarikat gergasinya ataupun ...

Cabaran Pengurusan Disiplin Sekolah Masa Kini (UUM Press)

Dewasa kini pengurusan disiplin pelajar di sekolah semakin rumit disebabkan pelbagai cabaran yang harus didepani oleh pihak pengurusan sekolah khususnya guru dan kakitangan sekolah. Hal ini disebabkan perkembangan teknologi maklumat (ICT) yang semakin pesat dan kewujudan dunia tanpa sempadan seterusnya meningkatkan lagi cabaran dalam alam pendidikan. Dalam menempuh cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini, pengetua, para guru, kakitangan sekolah, pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG), ibu bapa, masyarakat, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan (NGO) termasuklah para pelajar sendiri perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha membentuk pelajar berdisiplin. Buku ini membincangkan masalah pengurusan disiplin pelajar dengan memberikan panduan asas dan praktikal tentang disiplin dan pengurusan disiplin untuk membantu pihak sekolah, para guru dan golongan pendidik terutama yang masih bertugas di sekolah, IPTA dan IPTS, termasuklah ibu bapa untuk sama-sama menangani masalah disiplin di sekolah mahupun di rumah demi kepentingan pendidikan di negara ini. Buku ini sesuai dijadikan panduan oleh para guru dan golongan pendidik, pensyarah di IPTA dan IPTS dalam menangani masalah disiplin para pelajar dan juga sesuai untuk rujukan ibu bapa.

Dewasa kini pengurusan disiplin pelajar di sekolah semakin rumit disebabkan pelbagai cabaran yang harus didepani oleh pihak pengurusan sekolah khususnya guru dan kakitangan sekolah.