Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Mengurus Harta Menurut Fiqh Muamalat (UUM Press)

Buku ini khusus untuk para pelajar dan pendidik bidang syariah, muamalat, perniagaan, kewangan dan perbankan Islam. Selain itu, buku ini juga sesuai menjadi bahan rujukan kepada pengurus, staf organisasi perniagaan, kewangan dan perbankan Islam untuk menambah pengetahuan mereka tentang ilmu fiqh muamalat. Mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang ini perlu mengetahui selok-belok ilmu fiqh muamalat. Pengurus bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan mereka secara Islam, manakala pendidik berperanan untuk memberi pengetahuan yang betul dalam membangun dan menyediakan tenaga kerja terbaik secara muamalah Islam untuk organisasi. Pelajar merupakan potensi pekerja yang bakal diambil bekerja oleh mana-mana organisasi yang menerapkan ilmu muamalat Islam dalam pelaksanaan. Oleh itu, ketiga-tiga pihak ini perlu melihat kekuatan dan kelebihan yang ada pada ilmu fiqh muamalat ini. Kekuatan dan kelebihan mengurus harta umat Islam menurut fiqh muamalat yang telah dijelaskan dalam buku ini diharap dapat diaplikasikan untuk meningkatkan lagi kualiti urusan muamalat Islam dalam organisasi di Malaysia. Sesungguhnya ilmu fiqh muamalat mampu memberi kelebihan yang kompetitif dan nilai tambah terhadap setiap rantaian aktiviti pengurusan organisasi.

Buku ini khusus untuk para pelajar dan pendidik bidang syariah, muamalat, perniagaan, kewangan dan perbankan Islam.

Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi (UUM Press)

Buku ini memberi penekanan isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya.

Akibatnya, ia dapat menggalakkan pembangunan negara dan akan membawa kesan yang sembilan (Mohd. ... dan pelan pembangunan daerah berubah kerana kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang baru muncul akibat pembangunan baharu tersebut.