Buku ini merupakan satu karya biografi tentang Tan Sri Dol Ramli iaitu pengasas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan ‘wira yang tidak didendangkan’ kerana tidak ramai yang mengenali beliau berbanding dengan sumbangan yang begitu besar terhadap sejarah penyiaran negara. Buku ini menghuraikan sejarah hidup Dol Ramli sejak kecil di Singapura, persekolahan dan pendidikan di universiti. Seperti diakuinya dalam satu temu bual, kemiskinan dan kesusahan semasa kecil merupakan pendorong kepada kejayaannya. Ranjau hidup itulah yang memberikan kekuatan kepada beliau untuk mencari peluang bagi mengubah nasibnya. Pencapaian Dol Ramli dalam dunia penyiaran didorong oleh minatnya yang tinggi, pengalaman bertugas dengan dunia penyiaran semasa penjajah dan juga kesedaran nasional yang mendalam. Semasa hayatnya beliau bertanggungjawab menyusun jabatan penyiaran bagi tujuan mengisi kemerdekaan negara terutama dalam menyampaikan mesej kerajaan supaya difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyat. Dol Ramli merupakan arkitek penyiaran Malaysia yang disifatkan mempunyai pelbagai bakat seni. Berbekalkan kepada keazaman, bakat dan dedikasi dalam pelajaran dan karier, Dol berjaya mengukir kejayaan bukan sahaja dalam bentuk pencapaian peribadi, malah yang lebih penting membentuk hala tuju bidang penyiaran negara yang kini menjadi legasi peninggalannya.
Buku ini digarap oleh penulis bagi tujuan menyediakan panduan pada para pelajar, perunding, pengurus serta pengamal komunikasi dalam membuat penilaian terhadap amalan sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi. Ianya melibatkan kaedah dalam penilaian amalan komunikasi yang diamalkan oleh organisasi dalam menjalinkan hubungan serta penyaluran maklumat pada publik dalaman serta luaran organisasi. Panduan yang diperihalkan dalam buku ini bersesuaian dengan amalan pengelolaan aktiviti kerja dalam semua organisasi awam, swasta dan organisasi sukarela di Malaysia. Kandungan dalam buku ini tidak hanya menceritakan konsep tetapi melibatkan aplikasi serta kajian kes bagi tujuan membentuk kemahiran pengamal dalam memilih kaedah yang bersesuaian dalam menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan organisasi dalam melaksanakan amalan komunikasi yang memenuhi citarasa pelanggan. Buku ini banyak membincangkan mengenai kaedah serta langkah-langkah dalam menilai keberkesanan kempen, penggunaan teknologi komunikasi, jalinan rangkaian organisasi, kaedah diagnosis amalan komunikasi yang merangkumi pelbagai kaedah kuantitatif serta kualitatif. Berbanding dengan buku-buku lain, buku ini memberi kesempatan pada pembaca untuk menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan jalinan hubungan serta kualiti maklumat yang disalurkan pada persekitaran dalaman dan luaran organisasi.
Buku ini digarap oleh penulis bagi tujuan menyediakan panduan pada para pelajar, perunding, pengurus serta pengamal komunikasi dalam membuat penilaian terhadap amalan sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi.
Kandungan buku ini mengambil kira semua komponen dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Tahap 1. Ia mengambil kira pendekatan pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Kurikulum ini adalah kurikulum perdana yang sepatutnya difahami oleh semua murid Tahap 1 selepas mereka menamatkan pelajaran di peringkat ini. Bahan dalam Lembaran Kerja (LK) dan Lembaran Maklumat (LM) bermatlamat memenuhi 22 objektif KSSR bagi mata pelajaran Bajhasa Melayu dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil pelbagai potensi murid. Buku ini dapat membantu guru dan ibu bapa dalam membimbing murid disleksia untuk belajar membaca dan menulis. Ia merupakan buku yang unik berbanding dengan bahan bacaan yang lain kerana menggunakan pendekatan mesra disleksia. Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak memang menggemari kartun dan komik. Proses penghasilan buku ini dibuat melalui pembacaan yang luas dan penyelidikan yang tekun daripada para penulis. Pendekatan kartun dan penulisan santai tetapi berilmu lagi bermaklumat mampu menarik minat murid disleksia untuk belajar membaca.
Buku ini menampilkan tujuh bab berkaitan dengan kepemimpinan sekolah dan pengurusan kualiti sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu perlu dimiliki bagi menjayakan pelbagai polisi dan program khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemimpin sekolah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan gaya kepemimpinan bagi mengurus staf, guru dan pelajar yang kebanyakan mereka adalah generasi Y dan generasi Z. Pemimpin sekolah perlu bijak untuk membuat keputusan, menyusun strategi, dan berhemah dalam membentuk budaya korporat sekolah. Semua elemen ini memerlukan pemimpin sekolah yang berketerampilan bagi mengurus kualiti sekolah. Negara menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah untuk melahirkan insan cerdik pandai dan berakhlak mulia bagi menyediakan anak muda meneruskan pendidikan di kolej dan di universiti seterusnya ke pasaran tenaga kerja bagi membangunkan negara.
Buku ini membincangkan wasatiyyah dari aspek definisi, konsep, gagasan, keperluan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian khususnya dalam konteks masyarakat di Malaysia. Buku ini juga turut membincangkan konsep wasatiyyah dalam aspek teori dan perlaksanaannya dalam kehidupan manusia khususnya dalam konteks negara Malaysia pada masa kini. Penerbitan buku yang mengandungi himpunan 12 bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu mengandungi lima bab di bawah tema wasatiyyah sebagai satu gagasan. Pada bahagian dua di bawah tema perlaksanaan wasatiyyah dalam masyarakat mengandungi tujuh bab.
Dewan Tamadun Islam, Jilid 11, 4–8. Amir Faishol Fath. (2012). Pemikiran
moderat dalam tafsir alQur'an. Dlm. Achmad Satori Ismail et al., Islam moderat
menebar Islam rahmatan lil 'alamin. Jakarta: Pustaka Ikadi. Ghazali Basri. (2008).
Maqasid Syari’ah atau matlamat akhir syariat Islam merupakan satu tajuk utama dalam perbahasan usul al-Fiqh. Topik ini telah menjadi satu tajuk yang amat dititikberatkan dalam perbahasan sarjana Islam kontemporari. Melalui pengkajiannya, perkara yang tersirat dalam ajaran Islam diungkai untuk membolehkannya menjadi asas kepada penetapan sesuatu hukum bergantung kepada pemahamannya. Buku ini membahaskan dan membincangkan topik maqasid tersebut melalui penumpuan terhadap buku-buku umpamanya seperti al-Muwafaqat fi usul al-Syari’ah oleh Imam al Syatibi, buku al-Maqasid al-Syar’iyyah oleh Muhammad al-Tahir dan buku-buku sarjana Islam kontemporari yang menjadikan tajuk maqasid sebagai kajian dan huraian bagi memastikan pemahaman menyeluruh terhadap topik ini.
Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. Perbincangan juga meliputi aspek perbezaan kompetensi emosi dan efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dari segi faktor demografi umur, jantina dan pengalaman mengajar, serta dimensi utama dalam kompetensi emosi yang mempengaruhi efikasi kendiri seorang guru. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi emosi guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dengan efikasi kendiri. Wujud perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan pengalaman mengajar ke atas guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta. Jelas, hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. http://uumpress.uum.edu.my/
Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia.