Buku ini menampilkan tujuh bab berkaitan dengan kepemimpinan sekolah dan pengurusan kualiti sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu perlu dimiliki bagi menjayakan pelbagai polisi dan program khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemimpin sekolah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan gaya kepemimpinan bagi mengurus staf, guru dan pelajar yang kebanyakan mereka adalah generasi Y dan generasi Z. Pemimpin sekolah perlu bijak untuk membuat keputusan, menyusun strategi, dan berhemah dalam membentuk budaya korporat sekolah. Semua elemen ini memerlukan pemimpin sekolah yang berketerampilan bagi mengurus kualiti sekolah. Negara menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah untuk melahirkan insan cerdik pandai dan berakhlak mulia bagi menyediakan anak muda meneruskan pendidikan di kolej dan di universiti seterusnya ke pasaran tenaga kerja bagi membangunkan negara.
1; Kepimpinan dan pelaksanaan : Dasar pendidikan Kebangsaan -- 2; Kepimpinan dan wawasan pendidikan negara -- 3; Membestarikan sekolah dan peranan Pengetua -- 4; Sekolah penyayang -- 5; Polisi bahasa dan satera dalam pendidikan Malaysia -- 6; SekolahBestari -- 7; Sekolah Wawasan -- 8; Dasar pendidikan khas di Malaysia -- 9; Pendidikan di Malaysia : Cabaran dan harapan -- 10; Pengajian Jarak Jauh di Malaysia.
Dalam konteks pendidikan , penggunaan sastera dalam pengajaran bahasa
dilaksanakan dalam sistem pendidikan formal yang bermula dalam abad ke - 19
. Tetapi , ia terancang pada tahun 1988 apabila dilaksanakan Kurikulum ...
Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. Perbincangan juga meliputi aspek perbezaan kompetensi emosi dan efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dari segi faktor demografi umur, jantina dan pengalaman mengajar, serta dimensi utama dalam kompetensi emosi yang mempengaruhi efikasi kendiri seorang guru. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi emosi guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dengan efikasi kendiri. Wujud perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan pengalaman mengajar ke atas guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta. Jelas, hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. http://uumpress.uum.edu.my/
Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia.
Psikologi Sosial dalam Pendidikan Dokus utama psikologi sosial pendidikan
ialah mengenai T hubungan antara pelajar dan aspek - aspek psikologi sosial
dalam konteks sekolah dan persekitarannya . Dengan perkataan lain , psikologi
...