Dengan Nama Allāh Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani. Tafsiran Al-Qurʾān al-Ḥakīm ini dibuat berdasarkan kaedah mentafsir Al-Qurʾān yang dibentangkan dalam kitab Al-Fawz al-Kabīr Fī Uṣūl al-Tafsīr, manakala falsafah dalam pentafsiran ini berpandukan rahsia ḥadīth Nabi s.a.w. seperti yang dibentangkan dalam kitab Ḥujjat Allāh al-Bālighah oleh Al-Imām Shāh Walī Allāh al-Dihlawī. Maksudnya, Al-Qurʾān ditafsirkan berpandukan rahsia ḥadīth Nabi s.a.w.. Untuk melengkapkan kefahaman tentang pentafsiran Al-Qurʾān yang agung ini para pembaca perlu memahami rahsia kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan seperti yang terdapat dalam kitab Taʾwīl al-Ahādīth yang juga ditulis oleh Al-Imām Shāh Walī Allāh al-Dihlawī. Untuk menyenangkan para pembaca, kami sertakan di sini inti dan ulasan yang dipetik dari kitab Al-Fawz al-Kabīr Fī Uṣūl al-Tafsīr. Inti ini terdiri dari dua puluh satu bab. Bab yang terakhir menerangkan rahsia huruf-huraf singkat dalam Al-Qurʾān. Inti ini dinamakan Muqaddimah Taʾwīl Al-Qurʾān al-Ḥakīm oleh pengarangnya Hj. Nik Mohd Salleh bin Hj. Wan Musa yang meninggal pada tahun 1971M. Untuk memahami falsafah dalam pentafsiran ini anda perlu merujuk kitab Ḥujjat Allāh al-Bālighah dalam bahasa ʿArab, atau kitab Ḥujjat Allāh al-Bālighah, Terjemahan dan Anotasi, jilid 1, atau kitab Ikhtisar Ḥujjat Allāh al-Bālighah jilid 1. Anotasi dalam Ḥujjat Allāh al-Bālighah, Terjemahan dan Anotasi, jilid 1, adalah terjemahan anotasi dalam bahasa ʿArab seperti yang dipelajari dan disalin oleh Al-Marhum Hj. Nik Abdullah bin Hj. Wan Musa, Kota Bharu Kelantan. Demikian juga Tafsiran Al-Qurʾān al-Ḥakīm ini merupakan terjemahan nota tafsiran Al-Qurʾān dari kuliah-kuliah yang disampaikan dalam beberapa sesi pertemuan empat mata tanpa kertas dan pena antara Mawlānā ʿUbayd Allāh Sindhī dan Hj. Nik Abdullah semasa mereka berada di tanah suci Mekah. Nota tafsiran ini ditulis dalam bahasa ʿArab setiap hari selepas kuliah. Haji Nik Abdullah kembali ke Kelantan pada tahun 1934M dan meninggal pada tahun 1935M. Maka buku ini: Tafsiran Al-Qurʾān al-Ḥakīm, ini adalah terjemahan sebahagian dari nota tulisan tangan Tafsiran Al-Qurʾān al-Ḥakīm oleh Hj. Nik Abdullah daripada Mawlānā ʿUbayd Allāh Sindhī. Dalam buku ini kami bentangkan pentafisiran surah-surah Al-Qurʾān bermula dengan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Surah Al-Baqarah dan surah-surah seterusnya mengikut kaedah dan falsafah yang sumbernya kami telah sebut di atas. Semoga para pembaca dapat menikmati satu bentuk pentafsiran yang berbeza dan lebih bertenaga dalam memahami rahsia Al-Qurʾān yang agung.
Pertama, bahagian pendidikan anak-anak di rumah oleh ibubapa. Kedua,
bahagian pendidikan di sekolah sebagai sebahagian dari pendidikan di rumah
tetapi daripada guru. Kemudian, pendidikan (tidak formal) di pasar; iaitu
pendidikan ...