Sebanyak 9 item atau buku ditemukan

Tafsir Al-Azhar Juzuk 1

Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al ...

Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 2 (Ibadah, Wanita, dan Keluarga)

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya." Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan ibadah, wanita, dan keluarga. Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Dua, Siri Dua ini adalah: Adakah Islam membenarkan isu politik dibicarakan di dalam masjid?Apakah hukum penggunaan wang zakat bagi mendirikan masjid?Apakah hukum membelanjakan wang derma untuk urusan pentadbiran?Adakah petroleum perlu dizakatkan?Apakah hukum lelaki berjabat tangan dengan wanita?Apakah pemakaian purdah itu wajib?Adakah cucu-cucu berhak mendapat harta peninggalan datuknya?Perbincangan fatwa tentang pengharaman hak berpolitik untuk golongan wanita

" Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan ibadah, wanita, dan keluarga.

Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 (Ibadah)

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden khususnya berkaitan ibadah termasuk permasalahan dalam bab solat, puasa, zakat, haji, dan umrah. Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 adalah: Apakah yang dimaksudkan dengan solat khauf? Adakah haram berkahwin pada bulan Muharam? Adakah haram menggantikan puasa pada bulan Syaaban? Adakah melakukan suntikan membatalkan puasa? Apakah yang dimaksudkan dengan sumpah yang terikat? Apakah hukum mengambil pil penahan haid?

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ...

Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 4 (Hubungan Kemasyarakatan)

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Empat adalah: 1. Adakah riba terdapat pada wang kertas? 2.Apakah hukum makan ayam dan daging yang disembelih dan di import dari luar negara? 3.Apakah hukam mengharapkan kematian di saat kita berputus asa untuk meneruskan kehidupan? 4.Apakah hukum bekerjasama dengan musuh demi menyelamtkan diri sendiri? 5.Hukum merokok menurut pandangan Al-Quran, sunnah dan kaedah syariah. 6. Benarkah hukum menonton televisyen, mendengar lagu adalah haram? 7.Apakah pandangan islam berkaitan kamera dan fotografi?

Kesilapan utama kita adalah meminta fatwa Islam dalam permasalahan yang
tidak diwujudkan oleh agama ini. Kita menghendaki daripada Islam cara-cara
merawat penyakit yang datang dari tempat lain dan kita tidak mengikut cara
Islam ...

Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam

Buku ini memuatkan sepuluh makalah terpilih yang sarat dengan pemikiran Shaharir dalam pelbagai aspek bidang kepakarannya, termasuklah pengislaman ilmu, gagasan pemeribumian ilmu dalam konteks Tamadun Melayu, pengurusan, kewangan, serta kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum. Himpunan makalah ini memperlihatkan kesarjanaan beliau dan membuktikan betapa mengheningnya pendirian dan perjuangannya serta polimatesnya Shaharir.

tetapi tidak pula ditonjolkan ilmu yang dibicarakan ini, iaitu ilmu kepemimpinan
dan kepengurusan yang antara lainnya membicarakan 18 sifat pemimpin dan
pengurus unggul di bawah judul Pustaka Asta Dasa Parateming Prabu yang ...

Kaedah pengajaran dan pembelajaran kerohanian kanak-kanak

Buku ini memuatkan himpunan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan Pendidikan Islam dan Kerohanian dalam merealisasikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Huraian dan contoh yang diberikan adalah praktikal malah mudah difahami oleh semua pembaca. Isi kandungannya digabung jalin dengan beberapa aspek perkembangan kanak-kanak yang pastinya dapat membantu warga pendidik khususnya dan ibu bapa amnya. Setiap topik dihuraikan dengan cara yang mudah untuk difahami oleh setiap golongan pembaca. Konsep-konsep dan aplikasi ilmu yang ditunjukkan dengan contoh-contoh yang mudah yang bersesuaian akan menjadi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Buku ini bersesuaian untuk segenap golongan terutamanya ibu bapa dan guru-guru.

Keteguhan Akidah Dalam meniti arus kehidupan semasa, pelbagai cabaran
yang akan ditempuhi oleh setiap individu. Pada masa yang sama, ada pihak-
pihak tertentu akan mula memesongkan akidah anak-anak muda.

101 Soal Jawab Akidah (versi jawi)

Penulisan ini mengandungi perbincangan-perbincangan penting berkenaan ilmu Tauhid yang mudah untuk difahami. Soal dan jawab dalam penulisan ini berbentuk dwi bahasa Arab-Melayu. Antara Topik Menarik dalam buku ini: Penjelasan tentang sifat-sifat wajib dan mustahil untuk Allah, serta ayat-ayat mutasyabihat Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. berbanding dengan nabi yang lain Balasan kepada Mukmin yang taat dan Mukmin yang berdosa, serta balasan kepada orang munafik dan kafir Persoalan membincangkan tentang zat Allah dengan menggunakan akal Bolehkah kita melihat Allah? Sampaikah pahala amalan kepada orang yang sudah meninggal dunia? Apakah keyakinan kita kepada kitab Injil yang kini berada pada tangan Ahli Kitab (Kristian)? Sekiranya sifat derhaka itu mustahil untuk para nabi, bagaimanakah pula dengan tindakan Nabi Adam a.s. yang memakan buah daripada pohon terlarang? Mengapakah dikatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi terakhir, padahal Nabi Isa a.s. akan turun pada akhir zaman?

Mengapakah dikatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi terakhir, padahal Nabi Isa a.s. akan turun pada akhir zaman?

Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah)

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Satu adalah: • Di mana kedudukan neraka? Benarkah neraka itu wujud? • Benarkah ada hadith yang mengatakan mayat akan diseksa sekiranya keluarga menangis kerana kematiannya? • Mengapa surah At-Taubah diturunkan tanpa basmalah? • Benarkah Nabi Muhammad S.A.W adalah makhluk pertama yang diciptakan oleh allah s.w.t? • Bagaimana keadaan islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w? • Hukum menyembelih binatang sempena mendiami rumah baru. • Hukum menyebarkan surat berantai

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Satu adalah: • Di mana kedudukan neraka?

Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah)

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden , khususnya berkaitan Al-Quran, hadith, dan akidah. Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 adalah: Temapat berhenti dalam Al-Quran yang merosakkan makna. Benarkah terdapat hadith palsu dalam buku hadith Shahih Al-Bukhari? Benarkah terdapat hadith yang mengatakan, “Kebanyakan penghuni syurga adalah orang-orang yang bodoh”? Apakah kita boleh mengamalkan pandangan selain daripada pandangan empat mazhab? Benarkah dakwaan yang menyatakan bahawa hari kiamat akan berlaku pada 2280 Masihi bersamaan 1710 Hijrah? Membaharui usul fiqh: Antara pandangan yang menyokong dan yang menolak. Hukum mempercayai ramalan horoskop.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 adalah: Temapat berhenti dalam Al-Quran yang merosakkan makna. Benarkah terdapat hadith palsu dalam buku hadith Shahih Al-Bukhari?