Sebanyak 14 item atau buku ditemukan

Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah)

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden , khususnya berkaitan Al-Quran, hadith, dan akidah. Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 adalah: Temapat berhenti dalam Al-Quran yang merosakkan makna. Benarkah terdapat hadith palsu dalam buku hadith Shahih Al-Bukhari? Benarkah terdapat hadith yang mengatakan, “Kebanyakan penghuni syurga adalah orang-orang yang bodoh”? Apakah kita boleh mengamalkan pandangan selain daripada pandangan empat mazhab? Benarkah dakwaan yang menyatakan bahawa hari kiamat akan berlaku pada 2280 Masihi bersamaan 1710 Hijrah? Membaharui usul fiqh: Antara pandangan yang menyokong dan yang menolak. Hukum mempercayai ramalan horoskop.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 adalah: Temapat berhenti dalam Al-Quran yang merosakkan makna. Benarkah terdapat hadith palsu dalam buku hadith Shahih Al-Bukhari?

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf

Salaf atau lebih dikenali sebagai "ulama terdahulu" adalah generasi awal yang hidup pada tiga kurun pertama selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Salaf terdiri daripada sahabat, tabi'in, dan tabi' tabi'in. Khalaf atau lebih dikenali sebagai "ulama terkemudian" adalah mereka yang hidup selepas tahun 300 Hijrah. Dengan mengambil pandangan wasatiyyah berdasarkan Al-Quran, hadith, serta pandangan ulama terkenal seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, dan Imam Al-Ghazali, buku ini menghuraikan secara terperinci perihal empat isu utama yang menjadi perselisihan antara ulama salaf dan khalaf. Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 usul daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, iaitu: Ayat Al-Quran ataupun hadith yang menyebut perihal sifat Allah s.w.t. iaitu perihal anggota zahir, perbuatan, dan gerakan yang menyerupai makhluk. Perihal para wali dan karamah mereka. Menziarahi kubur, adakah sunnah ataupun bid'ah. Konsep tawassul kepada Allah s.w.t. melalui perantaraan nabi dan para wali.

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 usul daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, iaitu: Ayat Al-Quran ataupun hadith yang menyebut perihal sifat Allah s.w.t. iaitu ...