Sebanyak 9 item atau buku ditemukan

Q & A Fiqh Perubatan

• Bolehkah disambung balik tangan yang dipotong kerana hukum hudud • Bila najis jadi suci? • Bolehkah mengubat di negara orang kafir dan mengambil upah daripada mereka? • Bolehkah kita berubat dengan dadah? • Bagaimana kalau saya sentiasa terkentut? • Adakah orang yang menderma organ menanggung dosa si penerima? Itu baru enam daripada begitu banyak hukum-hukum yang diceritakan dalam buku ini.

Menurut Imam Abu Hanifah, ada tiga laporan, iaitu paling sahih sekurang-kurangnya adalah setitik, 11 hari dan 25 hari. Paling lama: Menurut mazhab Maliki dan Syafi'i: 60 hari kebiasaannya Menurut mazhab Hanafī dan Hanbali: 40 hari ...

Fiqh Keutamaan

Perkara mana yang lebih utama? Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang? Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap? Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman? Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan? Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar? Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan? Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari? Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan? Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul. Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.

Kemudian Hasan Al-Banna berkata, “Saya akan solat sebagai imam, sementara kedua-dua lelaki ini menjadi makmum. Apa yang kamu akan lakukan pada bacaan surah Al-Fatihah, wahai orang yang bermazhab Hanafi?” Lelaki itu menjawab, “Saya hanya ...

Islam Yang Mudah

Bermula dengan hidup damai bersama kemudian mereka melakukan pakatan
politik. Lebih menarik, Eropah timur dan Eropah barat juga saling mendekatkan
diri mereka antara satu sama lain, akhirnya tembok Berlin runtuh. Umat Islam di ...

Memahami Maqasid Syariah

Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya. Terdapat usaha bagi menyudutkan Islam supaya dilihat tidak lagi relevan. Islam cuba dipaparkan sebagai sebuah agama yang ketinggalan, jumud, dan kejam. Islam menaja keganasan, kezaliman, dan kepura-puraan. Keadaan itu lebih menjadi-jadi selepas era perang dingin tamat. Lalu, Barat mengalihkan tumpuan dengan melihat Islam sebagai pesaing baru. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kelemahan umat Islam dalam menguasai dan bersaing menggunakan senjata baru seperti media, ekonomi, dan budaya. Dalam pada itu, imej Islam terus dilanyak bagi menggunakan pelbagai istilah seperti pengganas, ektremis, dan sebagainya. Apabila kejadian ini menjadi buruk, umat Islam mula bertindak balas. Umat Islam terpecah sekurang-kurangnya kepada empat kelompok bagi menanggapi serangan Barat: Menjadi kelompok pengkagum Barat. Mereka turut sama dalam pesta menghina dan merendah-rendahkan imej Islam. Kelompok yang berhadapan secara tegang dengan Barat. Menyerang balas dengan ganas sehingga mengangkat senjata. Mereka ini adalah yang digelar oleh Barat sebagai kelompok pengganas dan militan. Kelompok yang tidak mempedulikan segala serangan daripada musuh Islam. Mereka sibuk dengan ibadah yang bersifat ritual semata-mata. Pada mereka cukup sekadar menjaga diri. Akhirnya, mereka hidup dalam pemencilan yang tersendiri.Kelompok yang berkomunikasi dengan Barat daripada sudut idea, budaya, dan bahasa.Kelompok ini percaya, dialog dan wacana adalah satu kaedah yang mesti digunakan dengan sebaik-baiknya sementelah Barat sememangnya bersifat terbuka. Oleh itu, kelompok ini cuba menggunakan ruang ini sebaik-baiknya dengan keyakinan bahawa Islam mempunyai semua jawapan kepada persoalan hidup manusia. Oleh yang demikian, bagi memperluaskan usaha berkomunikasi dengan dunia yang semakin rencam, maka kemunculan pemikiran-pemikiran baru yang mengangkat wacana maqasid syariah menjadi lebih bermakna dan segar. Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.

Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam ...

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

“Jangan bimbang kepada penentangan. Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.” - Hamilton Mabie Mereka yang dapat mengurus konflik berupaya bertahan dan survival dalam keadaan yang dilalui, memanjangkan potensi karier dalam apa jua keadaan kritikal dihadapi organisasi dan diterima ramai kerana dilihat sebagai individu berpotensi apabila berhadapan dengan situasi ataupun krisis. Konflik ditukar menjadi satu peluang kepada diri.

“Jangan bimbang kepada penentangan.

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf

Salaf atau lebih dikenali sebagai "ulama terdahulu" adalah generasi awal yang hidup pada tiga kurun pertama selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Salaf terdiri daripada sahabat, tabi'in, dan tabi' tabi'in. Khalaf atau lebih dikenali sebagai "ulama terkemudian" adalah mereka yang hidup selepas tahun 300 Hijrah. Dengan mengambil pandangan wasatiyyah berdasarkan Al-Quran, hadith, serta pandangan ulama terkenal seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, dan Imam Al-Ghazali, buku ini menghuraikan secara terperinci perihal empat isu utama yang menjadi perselisihan antara ulama salaf dan khalaf. Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 usul daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, iaitu: Ayat Al-Quran ataupun hadith yang menyebut perihal sifat Allah s.w.t. iaitu perihal anggota zahir, perbuatan, dan gerakan yang menyerupai makhluk. Perihal para wali dan karamah mereka. Menziarahi kubur, adakah sunnah ataupun bid'ah. Konsep tawassul kepada Allah s.w.t. melalui perantaraan nabi dan para wali.

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 usul daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, iaitu: Ayat Al-Quran ataupun hadith yang menyebut perihal sifat Allah s.w.t. iaitu ...

Fiqh Jihad Jilid 1 dan Jilid 2

Buku ini khusus untuk: Cendekiawan Pengamal undang-undang Sejarawan Politikus Aktivis Pasukan keselamatan Angkatan tentera Pemikir Orientalis Pejuang agama dan siapa sahaja yang ingin menyelami hakikat keindahan Islam. Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti: Hakikat jihad dalam Islam Hukum perang antara negara Islam Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain Hukum memerangi rakyat di negara musuh Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab) Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim Syariat jihad dalam Islam dan agama lain Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan

Apa yang menakjubkan, golongan yang mentafsirkan jihad fardhu kifayah ini adalah daripada mazhab Syafi'i. Sedangkan kita tahu mazhab Syafi'i adalah mazhab yang sempit dan keras dalam masalah jihad.