Sebanyak 4 item atau buku ditemukan

Berjalan..Melihat..Mentafsir

(Ceritera Wartawan Al-Quran)

Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud? Jikalau para wartawan mengejar berita eksklusif bagi menarik perhatian awam supaya membeli akhbar mereka, buku ini berusaha mencerakinkan kisah pengalaman hidup dengan Al-Quran supaya pembaca lebih tertarik bagi mengetahui isi kandungan kitab ini. Antara kandungan menarik buku ini adalah: 1. Ditegur Allah s.w.t. kerana menipu selama tujuh minit 2. Memeluk Islam selepas mencederakan wanita Islam 3. Paul membawa Al-Quran hari ini! 4. Singa pun takut memberi salam selepas makan 5. Bajet Allah vs bajet manusia

Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud?

Kemahiran berfikir aras tinggi: untuk institut pendidikan guru dan universiti

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Untuk Institut Pendidikan Guru Dan Universiti "Berfikir adalah bauran antara perkara-perkara metafizikal, kimia, fizikal dan biologis" -Edward De Bono

Logik bersifat formal dan berstruktur. Maka itulah sebabnya proses logik dapat
dijalankan oleh komputer dengan lebih pantas dan tepat daripada keupayaan
otak manusia. D. Hume, 1888, mengemukakan pendapat unsur-unsur pertama
bagi ...

Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi 2015

Apabila berbicara berkenaan perubatan Islam, sebahagian memahaminya dalam bentuk doa, jampi, air penawar, menghalau jin, dan membuang saka semata-mata.Sebahagian yang lain cenderung mentafsirkan tentang perubatan dalam bentuk yang sempit dan literal.Sebahagian yang lain pula yakin konsep perubatan Nabi mempunyai kehebatannya, namun mereka tidak mampu membuktikan kehebatan itu secara saintifik. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden ini cuba membuktikan kehebatan-kehebatan secara saintifik, dan mengumpulkan penemuan-penemuan semasa yang sahih, tidak kira datang daripada umat Islam ataupun bukan Islam. Buku ini juga komprehensif dan padat selain bergambar dan berwarna yang menarik.

Danial Zainal Abidin. PENEMUAN EMBRIOLOGI DAN AL-QURANkejadian
embrio dalam rahim. Dalam surah Al-Zumar ayat 6 Allah s.w.t.. BAB 11
Penemuan Embriologi dan Al-Quran.

Ayat-Ayat Syaitan: Mombongkar Rahsia Jin, Syaitan, dan Iblis dalam Al-Quran

Iblis dan syaitan adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan sebagai musuh manusia yang nyata sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan adalah musuh bagi kamu, jadikan dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6) Peperangan melawan iblis dan syaitan adalah peperangan yang berat sebelah seperti peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. Mereka juga boleh menyerang secara mendadak sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27) Oleh itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sudah banyak memakan mangsa manusia sebagaimana pesan Allah: “Syaitan itu menyesatkan golongan yang ramai antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?” (Surah Yasin, ayat 62)

Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz. 13. Suka merayau pada waktu maghrib.
Oleh itu, nabi melarang membiarkan kanak-kanak pada waktu ini dalam hadis
beliau: ;gr/pnas\ op \jasa 5\ crisis; \,åjç' i5 (13,1; 3 Jgn\ ?rzm Saga; \3g3 .3533; ...