Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Berjalan..Melihat..Mentafsir

(Ceritera Wartawan Al-Quran)

Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud? Jikalau para wartawan mengejar berita eksklusif bagi menarik perhatian awam supaya membeli akhbar mereka, buku ini berusaha mencerakinkan kisah pengalaman hidup dengan Al-Quran supaya pembaca lebih tertarik bagi mengetahui isi kandungan kitab ini. Antara kandungan menarik buku ini adalah: 1. Ditegur Allah s.w.t. kerana menipu selama tujuh minit 2. Memeluk Islam selepas mencederakan wanita Islam 3. Paul membawa Al-Quran hari ini! 4. Singa pun takut memberi salam selepas makan 5. Bajet Allah vs bajet manusia

Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud?

Ayat-Ayat Syaitan: Mombongkar Rahsia Jin, Syaitan, dan Iblis dalam Al-Quran

Iblis dan syaitan adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan sebagai musuh manusia yang nyata sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan adalah musuh bagi kamu, jadikan dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6) Peperangan melawan iblis dan syaitan adalah peperangan yang berat sebelah seperti peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. Mereka juga boleh menyerang secara mendadak sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27) Oleh itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sudah banyak memakan mangsa manusia sebagaimana pesan Allah: “Syaitan itu menyesatkan golongan yang ramai antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?” (Surah Yasin, ayat 62)

Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz. 13. Suka merayau pada waktu maghrib.
Oleh itu, nabi melarang membiarkan kanak-kanak pada waktu ini dalam hadis
beliau: ;gr/pnas\ op \jasa 5\ crisis; \,åjç' i5 (13,1; 3 Jgn\ ?rzm Saga; \3g3 .3533; ...