Sebanyak 4485 item atau buku ditemukan

Islam, Ilmu & Kebudayaan

Agama Islam adalah salah satu agama dunia yang besar jumlah penganutnya saat ini. Diperkirakan hampir seperempat penduduk dunia sekarang ini adalah Muslim dari berbagai kelompok etnis dan suku bangsa. Namun demikian, sebagaimana dikatakan Al Farugi (w. 1327/1986), umat Islam mewakili kelompok masyarakat yang paling tidak beruntung (the most unhappy). Meskipun memiliki jumlah penganut paling banyak, sumber daya alam paling kaya, dan warisan sejarah paling besar, masyarakat Muslim merupakan bagian dari masyarakat dunia paling goyah dan paling lemah dilihat dari segi sosial-budaya, ekonomi, politik dan iptek. Umat Islam tidak mampu memproduksi apa yang mereka butuhkan atau apa yang mereka konsumsi. Mereka tidak mampu mengolah sumber daya alamnya yang kaya karena kekurangan penguasaan ilmu dan teknologi. Islam dalam sejarahnya pernah menjadi obor terutama dalam perkembangan ilmu. Untuk itu umat islam perlu menggali kembali makna agama islam itu sendiri sebagai agama pembebasan dan etos pokok yang dahulu pernah menjadi faktor perkembangan dan kemajuannya yang cepat dan belajar dari kesalahan-kesalahan yang menyebabkan keterbelakangan pada zaman ini.

Agama Islam adalah salah satu agama dunia yang besar jumlah penganutnya saat ini.

Pendidikan Agama Islam : Sejarah Kebudayaan Islam Untuk Madrasah Aliyah Kelas X

Buku pelajaran Sejarah Kebudayaan Islam untuk Madrasah Aliyah (MA) Kelas X ini disusun tetap berdasarkan Kurikulum Madrasah yang dikeluarkan Menteri Agama RI Tahun 2013, yang dalam pelaksanaannya berpedoman kepada Keputusan Menteri Agama RI No. 165 Tahun 2014, dan Surat Edaran Dirjen Pendis Kemenag RI Tahun 2015, terdiri atas 4 Bab. Setiap bab mengandung: uraian materi pelajaran, rangkuman, hikmah, evaluasi dan tugas dari bab yang bersangkutan.

Hasan, Hasan Ibrahim, Tarikh al-Islam as-Siyasy ad-Diny, as-Saqafy alIjtima'i, (Cairo: Maktabah an-Nahdlah al-Misriyah, 2001), Vol. 1,2,3,4. Hodgson, Marshall G.S, The Venture of Islam (Iman dan Sejarah Dalam Peradaban Islam, ...

Islam Dan Sains Kesihatan: Mudarat Dan Manfaat Babi (UM Press)

Perbincangan buku ini tertumpu kepada makhluk babi yang menimbulkan polemik dalam pelbagai isu sama ada makanan, kesihatan dan sebagainya. Babi merupakan organisma hidup yang disebut lima kali di dalam al-Quran, tujuh kali di dalam hadis, seterusnya dihukum haram dan najis oleh kebanyakan fuqaha. Terdapat dalam kalangan ulama mentafsirkan ayat berkaitan babi dengan mengaitkannya dengan kesihatan serta menghubungkan dengan elemen maqasid syarciyyah di samping menjelaskan babi mendatangkan kemudaratan melalui penyakit yang dibawanya. Di sebalik pengharaman babi, penyelidikan dalam buku ini turut merungkai kepelbagaian manfaat kesihatan khususnya melibatkan proses xenotransplantasi yang bertindak sebagai medium terapeutik pada masa kini. Beberapa model telah dibentuk dalam buku ini yang terdiri daripada Model a, b, c, d dan e bertujuan untuk mengkategorikan babi dalam model tertentu untuk memudahkan proses penyelesaian isu kesihatan yang mempunyai hubungan dengan Islam. Hasil penyelidikan mendapati bahawa, babi mempunyai sistem anatomi, fisiologi, metabolik seakan-akan manusia yang menjadikannya mudah diterima oleh badan manusia. Namun begitu, perlu diketahui bahawa babi juga merupakan binatang yang memudaratkan dari sudut penyakit. Penulisan ini menganalisis manfaat xenotransplantasi ke atas unsur babi terpilih yang berfungsi untuk dijadikan alternatif antaranya injap jantung, hati, buah pinggang, sel β islet, insulin dan sel neural babi. Penggunaan unsur-unsur tersebut tertakluk kepada konsep darurah yang turut melibatkan kaedah qiyas dan maslahah bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan pertembungan antara manfaat dengan mudarat babi. Kajian ini juga mendapati bahawa, proses xenotransplantasi unsur babi turut memindahkan retrovirus berbahaya iaitu porcine endogenous retrovirus (PERV) ke dalam badan manusia yang berupaya melakukan integrasi bersama-sama genom sel dan tisu hidup manusia. Oleh sebab itu keharusan dan pengharaman penggunaan unsur babi bagi tujuan kesihatan perlu berasaskan konsep tacbudiyyah (perhambaan) dan bukannya atas konsep tacakuliyyah (rasional) semata-mata. Penggunaan babi menjadi isu kritikal apabila menyentuh soal kesihatan yang merupakan salah satu perkara penting bagi memelihara elemen maqasid syari’ah iaitu pemeliharaan kepada jiwa (Hifz al-Nafs).

Perbincangan buku ini tertumpu kepada makhluk babi yang menimbulkan polemik dalam pelbagai isu sama ada makanan, kesihatan dan sebagainya.