Sebanyak 6 item atau buku ditemukan

Antologi Esei Komunikasi: Teori, Isu dan Amalan (Penerbit USM)

Antologi Esei Komunikasi: Teori, Isu dan Amalan adalah kompilasi artikel yang membincangkan teori dan isu-isu serta amalan komunikasi dalam konteks Malaysia sebagai kajian kes, malah mengaplikasikan kepelbagaian perspektif dalam topik perbincangan. Secara spesifik, buku ini diterbitkan supaya boleh digunakan sebagai bahan bacaan asas dan rujukan untuk penuntut dan penyelidik dalam bidang media dan komunikasi serta bidang yang berkaitan dengannya. Secara am, ia bertujuan menyediakan bahan bacaan kepada masyarakat awam yang berminat dalam bidang komunikasi dan media untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan kesedaran teoretis yang menghubungkaitkan komunikasi, media dan masyarakat. Buku ini membincangkan kepelbagaian perspektif dan teori yang wujud dalam bidang komunikasi dengan memberikan tinjauan menyeluruh terhadap kumpulan teori yang dihujahkan selama ini sebagai teori komunikasi. Artikel dalam buku ini juga menekankan kewujudan perspektif dan teori yang berbeza berasaskan kepada ideologi dan falsafah yang tertentu, manakala isu-isu tentang komunikasi dan media yang penting telah dikupas dengan teliti. Amalan yang melingkungi bidang-bidang komunikasi dan media juga dikupas bagi menterjemahkan teori ke dalam bentuk praktis serta amalan.

Chicago: University of Chicago Press. ... “Media Globalization and its effect upon international communities: Seeking a communication theory perspective”. ... Setting the Agenda: The Mass Media and Public Opinion. Cambridge: Polity.

Kerjaya dalam Bidang Neurosains: Apa yang Patut Diketahui Mengenai Sains Otak di Malaysia (Penerbit USM)

Buku Kerjaya dalam Bidang Neurosains: Apa yang Patut Diketahui Mengenai Sains Otak di Malaysia dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada semua pembaca dari pelbagai peringkat umur. Buku ini mengandungi pelbagai pengetahuan dan maklumat yang dapat memberikan pendedahan yang berkesan kepada para pembacanya. Setiap bab dihuraikan dengan teliti dan disertakan rajah bagi memudahkan lagi pemahaman pembaca. Selain itu, buku ini boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang otak manusia dan bahagian-bahagian lain anggota badan seperti mata dan sistem saraf. Sebagai konklusinya, buku ini perlu dimiliki dan dibaca oleh semua golongan masyarakat untuk menambah pengetahuan mengenai sains otak kerana otak ialah bahagian anggota badan manusia yang sangat penting. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan umum bagi masyarakat Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan umum bagi masyarakat Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Penyakit Leukemia Akut: Kepincangan Genetik dan Evolusi Klonal Sel Darah (Penerbit USM)

Penyakit Leukemia Akut: Kepincangan Genetik dan Evolusi Klonal Sel Darah daripada segi konsepnya menerangkan tentang peranan genetik terhadap penghasilan penyakit leukemia akut. Dalam keadaan yang normal, proses pembentukan sel darah berasal daripada satu sel stem di dalam sumsum tulang yang dikawal atur prosesnya oleh pelbagai faktor termasuk faktor genetik. Sekiranya berlaku kepincangan di dalam gen yang mengawal atur proses pembentukan sel darah, maka proses tersebut akan terbantut. Akibatnya sel-sel darah putih tidak matang atau sel blas akan berkembang di dalam sumsum tulang dan menindas pembentukan sel darah yang normal menyebabkan pesakit leukemia akut ini mudah dijangkiti kuman serta mengalami perdarahan yang di luar kawalan. Secara umumnya, leukemia akut adalah penyakit genetik dan perkembangan teknologi terkini dalam bidang genetik telah memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang penyakit ini dan seterusnya diguna pakai untuk meningkatkan mutu perawatan pesakit

Penyakit Leukemia Akut: Kepincangan Genetik dan Evolusi Klonal Sel Darah daripada segi konsepnya menerangkan tentang peranan genetik terhadap penghasilan penyakit leukemia akut.

Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia, 1900-1965 (Penerbit USM)

Buku ini membincangkan kemelut isu kewarganegaraan Malaysia. Kandungan utama buku ini adalah berkaitan evolusi dasar dwikerakyatan. Ia menganalisa faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan mengubah polisi dwikerakyatan kepada polisi satu kerakyatan menjelang kemerdekaan. Dasar tidak mengiktiraf dwikerakyatan masih kekal sehingga hari ini. Parti Perikatan berpegang kepada dasar satu kerakyatan manakala kerajaan kolonial British mengamalkan polisi dwikerakyatan yang liberal. Bagaimanakah kedua-dua pihak tersebut mencapai kompromi semasa rundingan kemerdekaan? Tinjauan karya tertumpu kepada Malaysia, tetapi ia turut membincangkan isu kerakyatan negara lain yang berperanan mempengaruhi arah perkembangan kerakyatan Malaysia. Penulis ingin mengetengahkan satu isu pokok – dalam konteks Malaysia, istilah kewarganegaraan dan kerakyatan mempunyai implikasi politik yang berbeza (sebelum tahun 1965). Kemelut kewarganegaraan yang dihadapi oleh perangka perlembagaan adalah berkait rapat dengan pengunaan istilah-istilah tersebut. Perbincangan buku ini adalah berdasarkan dokumen sejarah yang kukuh. Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu rujukan bagi kajian sejarah, politik, pentadbiran awam dan undang-undang di institusi pengajian tinggi. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Buku ini membincangkan kemelut isu kewarganegaraan Malaysia.

Kepekaan Nombor, Numerasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Matematik Sekolah Rendah (Penerbit USM)

Keupayaan berfikir merupakan satu daripada matlamat pendidikan di Malaysia dan juga kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran pada abad ke-21. Penulisan ini memfokuskan kemahiran berfikir dalam pembelajaran matematik melalui kefahaman konsep nombor dan dibincangkan dalam rangka kepekaan nombor, numerasi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Seterusnya, KBAT dalam matematik dilihat sebagai asas kepada kefahaman matematik lebih tinggi dan juga pengantar kejayaan bidang lain. Pengalaman murid semasa mempelajari matematik pada tahap awal ini adalah penting dalam membentuk kepercayaan dan nilai mereka terhadap matematik. Kepekaan nombor, numerasi dan KBAT dibincangkan daripada perspektif dua elemen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu murid dan guru. Pertama, perspektif kognitif murid melibatkan perwakilan dalaman dan luaran serta strategi penyelesaian masalah matematik. Kedua, proses pengajaran dan pembelajaran guru sangat berkait rapat dengan pembentukan kepekaan nombor, numerasi dan KBAT murid. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan daripada perspektif kepercayaan dan pengetahuan guru berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang membentuk KBAT. Pertama, daripada aspek kognitif, kefahaman konsep nombor dilihat sebagai cara maklumat diwakili dan distrukturkan dengan merujuk kepada kebolehan seseorang menghubungkan idea, fakta atau prosedur. Sesuatu idea matematik boleh diwakili suatu bentuk perwakilan atau pelbagai perwakilan. Kefahaman terbentuk apabila perwakilan idea, fakta atau prosedur matematik menjadi sebahagian daripada jaringan perwakilan. Kajian menunjukkan bahawa walaupun murid mempunyai strategi menyelesaikan masalah yang dikemukakan, kepekaan nombor mereka membantu membentuk strategi bermakna. Sehubungan itu, maklumat tentang cara murid menyelesaikan masalah yang diberikan adalah lebih penting daripada sama ada mereka dapat memberikan penyelesaian yang betul atau sebaliknya. Kedua, daripada aspek pengajaran dan pembelajaran guru, dua perkara utama yang akan dibincangkan ialah kepercayaan guru tentang matematik dan kriteria pengajaran guru serta amalan pengajaran yang menyokong dan membangunkan KBAT berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan. Kepercayaan guru dikaji mengikut kerangka matematik sebagai disiplin formal dan informal. Kerangka yang sama digunakan untuk mengkaji kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik. Kesimpulan mencadangkan bahawa sebahagian besar guru matematik sekolah rendah mempunyai campuran kedua-dua kepercayaan yang formal dan tidak formal. Penulisan ini juga membincangkan penyelidikan, kriteria pengajaran guru dan amalan pengajaran yang menyokong dan membangunkan KBAT. Kajian pengajaran matematik guru menunjukkan kemunculan aspek-aspek tertentu pengajaran seperti ciri-ciri guru yang baik dan penglibatan pelajar yang berkesan. Walau bagaimanapun, aspek-aspek lain pengajaran seperti pengetahuan kandungan pedagogi guru dan perkaitan matematik kepada kandungan dilihat sebagai sangat mencabar kepada guru. Justeru, untuk melaksanakan KBAT dengan berkesan, aspek murid yang merujuk kepada perkembangan kognitif mereka, khususnya perwakilan dan strategi penyelesaian masalah harus diambil kira. Selain itu, latihan profesional guru seharusnya menangani kepercayaan asas guru terhadap matematik kerana sistem kepercayaan guru ialah pengemudi utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Keupayaan berfikir merupakan satu daripada matlamat pendidikan di Malaysia dan juga kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran pada abad ke-21.

Kelestarian dan Dinamisme Kearifan Tempatan Dalam Pendidikan (Penerbit USM)

Buku ini mengandungi tujuh makalah yang berkisar tentang pelbagai pendekatan melestarikan ilmu kearifan tempatan dalam bidang pendidikan, sama ada dalam sistem formal atau sistem tidak formal. Kekuatan ilmu kearifan tempatan dalam pendidikan ditonjolkan dalam bentuk animasi Upin dan Ipin, seni silat cekak, pemainan galah panjang, alam sekitar, pengajaran sains dan sosiobudaya masyarakat Penan. Kearifan tempatan ialah ilmu yang penting untuk dipelihara agar kekal lestari dan boleh terus digunakan bagi menyumbang kepada perkembangan positif dunia pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Ilmu kearifan juga bersifat dinamik dan boleh digunakan dalam pelbagai peringkat pendidikan dengan pendekatan yang berbeza.

Buku ini mengandungi tujuh makalah yang berkisar tentang pelbagai pendekatan melestarikan ilmu kearifan tempatan dalam bidang pendidikan, sama ada dalam sistem formal atau sistem tidak formal.