Sebanyak 31 item atau buku ditemukan

3i Islam, Iman, Ihsan

Apakah yang ada dalam konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan)? Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan 'Aku seorang Islam'. Cukupkah ungkapan sebegitu? Ada juga yang mengungkap 'Saya menerima Islam sebagai agama.' Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan? Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlsan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap keredaan-Nya. Konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan) adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu Allah bersama persiapan yang rapi.

Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu.

Asas-asas ekonomi Islam untuk sektor perindustrian

teori dan penggunaannya dalam ekonomi Malaysia

Malaysia seperti negara-negara lain mempunyai measlah ekonominya termasuklah dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Masalah tersebut berpunca dari kelemahan-kelemahan yang terdapat didalam sistem ekonomi semasa yang diamalkan sekarang. kajiKajian ini membuktikan bahawa kelemahan tersebut disebabkan oleh tiadanya nilai-nilai Islam didalam menentukan matlamat akhir kepada sistem yang ada. Sungguh pun Sistem Ekonomi Islam dipilih sebagai sistem alternatif, tetapi ia sendiri menghadapi masalah terutamanya dari segi melahirkan satu teori umum yang 'internally consistent" dan seterusnya melahirkan satu model yang beroperasi. kajian ini juga menyediakan satu garis panduan umum yang boleh digunakan sebagai alat persediaan awal untuk menyediakan sistem Ekonomi Islam dalam dunia nyata. Garis panduan tersebut adalah berdasarkan kepada satu rangka-kerja asas yang bersifat "consistent", "efficient" dan "unbiased" serta diredai Ilahi. Ia mengariskan peraturan-peraturan yang ada didalam Sistem Ekonomi Islam dan mencadangkan kaedah yang sesuai untuk mengamalkannya. Kekesanan sistem ini bergantung kepada penyelesaian dalaman dan luaran yang perlu digerakkan oleh agen ekonomi yang mempunyai sifat Insan-Mukmin.

Malaysia seperti negara-negara lain mempunyai measlah ekonominya termasuklah dalam bidang perindustrian dan perdagangan.

Etika dan Moral Profesi Hukum

(Ethos and Mores Profession of Law)

Etika dan Moral Profesi Hukum (Ethos and Mores Profession of Law) merupakan tulisan yang mencoba mendeskripsikan melalui narasi-narasi ilmiah dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah dicerna oleh pembaca dengan maksud agar pembaca dapat memahami etika dan moral profesi hukum sebagai suatu nilai yang mengorientasikan pengembang profesi hukum untuk mencapai tujuan luhur dalam penegakan hukum dan keadilan.

Etika dan Moral Profesi Hukum (Ethos and Mores Profession of Law) merupakan tulisan yang mencoba mendeskripsikan melalui narasi-narasi ilmiah dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah dicerna oleh pembaca dengan maksud agar pembaca dapat ...