Apakah yang ada dalam konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan)? Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan 'Aku seorang Islam'. Cukupkah ungkapan sebegitu? Ada juga yang mengungkap 'Saya menerima Islam sebagai agama.' Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan? Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlsan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap keredaan-Nya. Konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan) adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu Allah bersama persiapan yang rapi.
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Al-Israa: 9) Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi. Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami. Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.
Selama sebulan berguru di Jamiah (universiti) Ramadhan, kita dihidangkan
dengan pelbagai bentuk pendidikan baik ... kita mendapat keampunan daripada
Allah. hadis Rasulullah:65 هبـنذنممدـقتاملهرفغاباستحاو اناميإ ناضمر ماص نـم “Siapa
...