Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Rangkaian

Rangkaian Perkongsian Fail, Telekomunikasi, Wi-Fi, Radio, Wimax, Senarai Dail Terus Antarabangsa, Telefon, Internet, Gnutella, Alexander Gr

Source: Wikipedia. Pages: 28. Bab: Rangkaian perkongsian fail, Telekomunikasi, Wi-Fi, Radio, WiMAX, Senarai dail terus antarabangsa, Telefon, Internet, Gnutella, Alexander Graham Bell, Penapisan, Napster, BitTorrent, Alamat IP, Komunikasi bersiri, Ethernet, Sistem pesanan ringkas, Rangkaian komputer, Avaya, Centrex, Pemodulatan, Telegrafi, IEEE 802.11, AF88 Simfoni, Telefon video, Pemancaran, Telefon bimbit berkamera, Komunikasi optik, Muatan, Pukulan gendang, Merpati utusan. Petikan: Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio. Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil stesen radio. Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio. Pada mulanya, radio atau radiotelegrafi dipanggil "telegrafi wayarles," atau singkatannya "wayarles" (wireless). Awalan radio- yang membawa erti penyiaran tanpa talian, julung kalinya dicatatkan dalam istilah radioconductor, ciptaan ahli fizik Perancis Edouard Branly pada tahun 1897, berasaskan perkataan Latin radius yang bererti "jejari roda" atau "sinar cahaya." "Radio" sebagai kata nama dipercayai dicipta oleh pakar pengiklanan Waldo Warren (White 1944), dan juga kelihatan dalam sebuah rencana tulisan Lee De Forest pada tahun 1907, diterima guna oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1912, dan menjadi laris apabila bermulanya siaran komersil pertama di Amerika Syarikat pada 1920-an. Istilah "radio" turut diterima oleh bahasa-bahasa Eropah dan Asia. Negara-negara Komanwel British terus mengutamakan istilah "wayarles" sehingga pertengahan abad ke-20, meskipun...

Source: Wikipedia.