Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Sains Tamadun Islam

Buku ini menjelaskan pencapaian sains dalam tamadun Islam, sumbangan sains Islam kepada dunia, dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan sains mutakhir di barat hari ini yang menjurus kepada penyatuan antara sains dan agama. Zaman sains Islam yang melatari perkembangan ilmu sains telah berlangsung selama 800 tahun. Dalam jangka masa yang begitu panjang, sains Islam telah berjaya mencorakkan landskap dunia dengan ketamadunan unggul. Setelah dunia Barat mengambil alih kepimpinan sains pada kurun ke–16, dunia sains maju dalam bidang material tetapi telah menyingkirkan aspek spiritual–agama. Ini menyebabkan ilmu sains tidak lagi menjadi wasilah untuk manusia mendekatkan diri kepada Tuhan semesta alam. Akibatnya, dunia sains moden menghala ke arah mulhid lebih dekat berbanding menghampiri sempadan akidah tauhid. Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar sekolah, mahasiswa yang berada di institusi pengajian tinggi, guru sains, dan para pengkaji sains Islam.

Buku ini menjelaskan pencapaian sains dalam tamadun Islam, sumbangan sains Islam kepada dunia, dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan sains mutakhir di barat hari ini yang menjurus kepada penyatuan antara sains dan agama.

Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh. Buku ini diharap dapat dijadikan bahan bacaan, panduan dan rujukan kepada guru Pendidikan Islam di sekolah, guru pelatih yang sedang mengikuti program Pendidikan Islam, para pensyarah di institut pengajian tinggi atau maktab, dan seluruh warga guru agama yang menjadikan pendidikan sebagai wahana menyampaikan mesej dan ajaran Islam di Alam Melayu.

Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik.