Sebanyak 5 item atau buku ditemukan

Psikologi Cinta (Edisi Kemas Kini)

Buku ini mengupas persoalan cinta menurut perspektif Islam dan psikologi. Ia turut membincangkan nilai-nilai yang berkait rapat dengan cinta seperti rasa tanggungjawab, kasih sayang, keprihatinan, kemesraan, kerinduan, persaudaraan dan juga kebencian yang dikupas mengikut perspektif Islam. Terdapat pelbagai definisi, jenis dan kefahaman yang berkaitan dengan cinta. Persoalan cinta membabitkan semua golongan bermula dari dalam kandungan sehinggalah menjelang hari kematian. Oleh itu, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mengupas persoalan yang berkaitan dengan cinta, terutamanya definisi cinta dan implikasinya dalam kehidupan.

Cuba kenangkan Nabi kita yang mengahwini janda-janda, melainkan Aisyah
seorang sahaja anak dara. Itu pun setelah kewafatan Khadijah dan Allah
memerintahkan Rasullullah berbuat demikian untuk tujuan dakwah Islam. Dalam
hal ini ...

Tafsir Al-Azhar Juzuk 4

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran ...

Tafsir Al-Azhar Juzuk 30

Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al ...

Psikologi Orang Berjaya Edisi 2017

Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat, dan kecekalan. Buku ini adalah usaha sederhana bagi menerangkan faktor-faktor selain daripada yang empat itu, yang begitu mempengaruhi kejayaan. Ini bukanlah buku terbaik, tetapi mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini pembaca mendapat maklumat yang membantu mereka mengorientasikan semula sistem keutamaan mereka dalam mengejar kejayaan.

Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat, dan kecekalan.

Ustaz, Apa Hukumnya Ibadah

Agama adalah kefahaman, setiap orang Islam wajib mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama. Maksudnya dalam Islam ada halal ada haram, ada sunat dan harus, dan ada makruh. Untuk mengetahui semua itu, seorang Muslim wajib menuntut ilmu supaya dia tahu apa yang dia buat, Buku ini adalah hasil daripada himpunan soal jawab agama yang saya tulis dalam pelbagai media cetak. Kesemua soalan dan jawapan yang dimuatkan di dalam buku ini adalah asal daripada soalan orang ramai yang ada kemusykilan agama. Saya menjawab dengan merujuk pada Mazhab al-Syafie dan mazhab-mazhab muktabar yang lain, juga saya merujuk pada kitab-kitab fikah, tafsir, hadis, dan lain-lain yang berkaitan.

Agama adalah kefahaman, setiap orang Islam wajib mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama.