Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori

Buku ini mengisahkan peringatan Tuhan tentang sejarah dan kenangan umat pada masa yang silam, agar kita jangan menganggap segala usaha dan ijtihad yang dicetuskan mereka itu sakral dan kekal tak tercabar selamanya, sebaliknya umat masa ini memerlukan dorongan dan semangat ijtihad bagi mencerakinkan ajaran agama ini berpijak kepada zaman yang senantiasa berubah.Setiap generasi menghadapi situasi yang berbeza, justeru banyak hukum dan kaedah bagi masyarakat tidak dapat ditetapkan untuk segenap zaman. Lantaran itulah al-Qur’ān menetapkan aturan yang tidak terikat dengan zaman; tetapi universal dalam pemakaian dan penerapan nilai etika, hak dan pembatasannya yang sejagat. Bagaimana kita berinteraksi dengan al-Qur’an, seharusnya menyuluh dan mencerahkan bagaimana seharusnya kita membaca dan memahami sejarah, terutama sejarah para salaf. Sejarah bukannya suatu yang kudus yang hanya perlu ditatang dan diulang-ulang.

... kebudayaan ini, satu bentuk humanisme yang memiliki rona-rona khusus ke-Islaman iaitu adab mula menampakkan ... History in a World Civilization (Chicago, 1974), 1:58-59. 17. Tarif Khalidi, Classical Arab Islam: The Culture and ...

Antologi Seminar Pemikiran Reformis

Buku ini mengisahkan tentang dalam mengangkat seseorang sebagai seorang reformis adalah dengan mengenal karakter tulen yang menjadi sahsiah perjuangannya. Ini dapat dikenalpasti dengan mengamati seseorang itu memahami, memahamkan, menghayati dan membina generasi kini dan masa hadapan berdasarkan hakikat pengertian al-islah, reformasi dan at-tajdid dalam penghayatan hidupnya di atas landasan Islam.Memahami gerakerja seseorang reformis adalah dalam rangka mengambil iktibar daripada hasil yang telah dicapai. Dalam konteks ini berkemungkinan keutamaan perlu diberikan terhadap tokoh yang ada persamaan yang kita hadapi.Di Nusantara dan bumi Melayu hampir pasti mempunyai tokoh-tokoh yang mencapai tahap sebagai seorang musleh atau pun mungkin sebagai seorang mujaddid. Mujaddid yang mempunyai ilmu atau pengkhususan sekurang-kurangnya tentang hubungan fiqh mazhabiah setempat, fahaman politik dalam konteks negara bangsa, dakwah dalam sistem demokrasi, penguasaan ilmu sains politik khasnya peri pentingnya ulama menjadi penasihat agama serta kesan-kesan daripada tradisi warisan agama silam.

Disamping itu, peranan yang dimainkan oleh Ustaz Abu Bakar sentiasa memberi pengaruh yang sangat kuat kepada ... agama dan rancangan ekonomi bagi memajukan serta meningkatkan sistem ekonomi bangsa dan negara yang hampir lenyap di tangan ...

Wacana Pemikiran Reformis: Jilid II

Buku ini yang terdiri daripada antologi esei ditulis oleh mereka yang mengikuti semangat reformasi Islam dan pemikiran kritis. Ia menuntut kita untuk menggunakan kemampuan akal kita sepenuhnya untuk memenuhi cabaran yang semakin meningkat di dunia moden.Selain itu buku ni telah menyebut tentang permintaan pembaharuan dan pembaharuan bukan hanya sumbangan yang sama dari para sarjana baik teks dan konteksnya, tetapi juga penglibatan kritis dan imaginasi kreatif massa Muslim khususnya para intelektual. Adalah suatu daya tarik untuk mempertimbangkan kembali sumber-sumber tersebut melalui rekonsiliasi yang diperlukan dengan dunia, evolusi dan pengetahuan manusia sehingga hati nurani umat Islam kontemporer akan sesuai dengan zaman moden dan cabarannya.

Ia diusahakan oleh Ust Abu Bakar al-Bakir bin Muhammad Said. ... Gunung Semanggol bertujuan meluaskan pengajaran agama dan rancangan ekonomi bagi memajukan serta meningkatkan sistem ekonomi bangsa dan negara yang hampir lenyap di tangan ...