Sebanyak 2 item atau buku ditemukan

Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah

Ramai di antara kita yang boleh membaca al-Quran tetapi tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan hukum bacaannya. Jika tatabahasa Melayu perlu betul sebutannya, maka bacaan al-Quran juga harus sempurna tanpa cacat cela. Jadi, apa rahsia atau teknik untuk menjadikan bacaan kita sempurna dari segi sifat, makhraj dan hukum? KUASAI ILMU TAJWID CARA MUDAH diterbitkan khusus buat anda yang tercari-cari kaedah untuk mendalami ilmu tajwid secara berkesan. Tiada penerangan panjang lebar, hanya kaedah peta minda yang akan membantu anda mempelajarinya dengan lebih mudah. Penyampaian yang menarik, mudah dan mantap menjadikan pengisiannya sesuai untuk semua peringkat umur. Sesuai juga untuk dijadikan sebagai cenderahati buat insan tersayang.

Jadi, apa rahsia atau teknik untuk menjadikan bacaan kita sempurna dari segi sifat, makhraj dan hukum? KUASAI ILMU TAJWID CARA MUDAH diterbitkan khusus buat anda yang tercari-cari kaedah untuk mendalami ilmu tajwid secara berkesan.

MUTIARA AKIDAH & IBADAT

MUTIARA AKIDAH DAN IBADAT memuatkan persoalan kon temporari yang kerap timbul sejak akhir-akhir ini. Buku ini disediakan dalam dua bahagian iaitu akidah dan ibadat.Soalan yang dimuatkan tidaklah merangkumi kedua-dua topik secara terperinci, namun ia menjurus kepada soalan yang dipilih dan kerap diutarakan. Di setiap bahagian, ada disertakan penerangan ringkas sebagai panduan agar dapat difahami dengan lebih jelas dan sempurna. Hampir semua jawapan disertakan dengan dalil dan nas sandarannya supaya pembaca lebih menyedari akan ketepatan setiap huraian yang diberikan.

MUTIARA AKIDAH DAN IBADAT memuatkan persoalan kon temporari yang kerap timbul sejak akhir-akhir ini.